KONSEP DAN PENGERTIAN TASAWWUR ISLAM
MPU 13012: PENDIDIKAN ISLAM
TAJUK : E-FOLIO
TOPIK: KONSEP DAN PENGERTIAN TASAWWUR ISLAM
NAMA AHLI KUMPULAN :
1. NUR NADHIRAH BINTI ROZHAN A09SPK21F011
2. AINUR DALIA BINTI ZAIM A09SPK21F016
3. MOHAMMAD AIMAN RIDZUAN BIN ABDULLAH A09SPK21F012
4. NURUL LIYANA BINTI ZULKIFLY A09SPK21F003
5. MOHAMMAD KHAIRUL IKHWAN BIN RUSLE A09SPK21F013
Pengertian Tasawwur islam
PENGERTIAN ISLAM
Islam adalah sebagai Ad-Din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang terkandung di dalamnnya aqidah ,amalan amalan dan hukum hukum berhubungan dengan rohani dan jasmani,fardiyyah dan jamaiyah ,agama dan politik dan segala urusan hidup didunia dan di akhirat .Secara khususnya islam sebagaimana yang dikemukakan oleh ulama ulama berdasarkan kepada al -quran dan as sunnah adalah
Islam bererti tunduk dan menyerah diri kepada allah swt serta mentaatinya yang lahir dari kesedaran dengan tidak dipaksa kerana ketundukan yang seperti itu tanpa perhitungan pahala dan dosa
KONSEP TASAWWUR ISLAM
Konsep Tasawwur Islam Mardzelah Makhsin Perkataan tasawwur berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang bermula dengan kata dasar sawwara.Hasil daripada kata dasar ini menerbitkan perkataan tasawwur yang bererti memberikan suatu tanggapan kepada rupa yang dapat dikhayalkan dan menjelaskan gambaran sebenar ke atas suatu serta menghasilkan rupa dalam akal .
Daripada definisi tersebut,tasawwur bermaksud memberikan gambaran sebenar ke atas apa yang disampaikan kepada akal fikiran dan seterusnya menjadi sebati dalam diri untuk difahami.Apabila perkataan tasawwur dipadukan dengan perkataan islam,maka ia membentuk tasawwur islam yang bererti gambaran bentuk islam hakiki.Hal ini menunjukkan tasawwur islam bertujuan menjelaskan prinsip prinsip asas islam secara keseluruhan dan seterusnya menggambarkan agama islam sebagai suatu tasawwur yang menganggap manusia sebagai agama yang bersifat fleksibel dan global .
Tasawwur terbahagi kepada 7 iaitu :
i)Rabbani
ii)Wasatiyah
iii)Alamiyah
iv)Syumul
v)Tawazun
vi)Waqiyah
vii)Al Thabat wa Al Murunah
Ciri ciri tasawwur islam
i)Rabbaniy(ketuhanan)
ii)Syumuliy(lengkap)
iii)Waqi'iy(Sesuai dengan kehidupan manusia )
iv)Alamiy(sejagat)
Maksudnya:Orang orang yahudi dan nasrani tidak sekali kali akan bersetuju atau suka kepadamu(wahai muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka(yang telah terpesong itu ).Katakanlah (kepada mereka).''Sesungguhnya pentunjuk allah (Agaama islam itulah pentunjuk yang benar''.Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi )Pengetahuan kepadamu(tentang kebenaran),maka tiadalah engkau akan peroleh dari allah (sesuatupun)yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
SURAH AL BAQARAH:AYAT 120
SUMBER RUJUKAN
SEKIAN TERIMA KASIH.
Comments
Post a Comment